Premium Beautiful Malaysia No.1 Beautiful & SLimming Secret

Premium Beautiful Malaysia No.1 Beautiful & SLimming Secret

Persoalan penjagaan dalam pantang- Emma menjawab..



Q-Perlukah saya memakai bengkung semasa dalam pantang?


A-Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Pemakaian PB dalam pantang adalah BONUS ,memberikan kesan yang sangat pantas untuk sesiapa yang inginkan bentuk kembali asal pantas! Amat digalakkan memakai set penuh, untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.




Q-Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?


A-Bengkung yang baik adalah bengkung yang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Kebanyakkan bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa perlu memakai set penuh semasa dalam pantang.




Q-Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?


A-Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit. Jika terasa gatal, di haruskan membasuh secepat mungkin.




Q-Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?


A-Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. PB mempunyai ciri-ciri tertentu (sistem cangkuk yang kemas) yang memang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih).




Q-Bagaimana pemakaian bengkung/PB dapat membantu saya?


A-Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.




Q-Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?


A-Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!




Q-Bagaimana jika perlu saya memakai minyak bersama dengan bengkung?


A-Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang. Tidak dilarang memakai minyak tetapi amat digalakkan dipakai berasingan dahulu, dikuatiri akan merosakkan tekstur kain PB.

Pesanan dari Emma- Sila baca ruangan bengkung untuk lebih lanjut...Selamat berjaya..

0 Response to "Persoalan penjagaan dalam pantang- Emma menjawab.."