Premium Beautiful Malaysia No.1 Beautiful & SLimming Secret

Premium Beautiful Malaysia No.1 Beautiful & SLimming Secret

Takutilah ANDA pada KANSER Payudara- Teramai di Malaysia sekarang.

Pemeriksaan sendiri payu dara

~Waktu terbaik untuk melakukan pemeriksaan payu dara adalah sejurus selepas haid kerana ketika itu payu dara tidak terlalu lembut dan membengkak.
~Anda juga disarankan membuat pemeriksaan payu dara dengan berdiri di depan cermin selepas pemeriksaan payu dara secara baring dibuat di rumah.
~Lihat jika ada perubahan pada payu dara: lekuk kecil pada kulit di kawasan payu dara, perubahan pada puting atau tompok merah pada payudara anda.





Cara untuk memeriksa:
1. Baring dan letakkan bantal di bawah bahu kanan. Bengkokkan lengan kanan ke bawah kepala. 2. Gunakan hujung jari kiri (telunjuk, tengah dan hantu) untuk merasai benjolan atau bahagian yang tegang.
3. Tekan dengan lembut untuk merasai keganjilan pada payu dara. Belajar mengenali payu dara anda setiap kali membuat pemeriksaan. Bagaimanapun, rasa kenyal pada bahagian bawah setiap payudara adalah normal.
4. Buat pemeriksaan pada payu dara sama ada dalam gerakan membulat, gerakan ke atas ke bawah atau keluar masuk. Pastikan kaedah yang digunakan sama setiap kali pemeriksaan dibuat.
5. Teruskan pemeriksaan pada payu dara sebelah kanan menggunakan hujung jari kiri. Jika ada sebarang kelainan, terus berjumpa doktor anda.

Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kenser?
9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.

0 Response to "Takutilah ANDA pada KANSER Payudara- Teramai di Malaysia sekarang."